Tuesday, November 10, 2009

Dipinggir gelap

aku terasa ingin berlari, sedang diluar awan berarak mendung, langit semakin gelap, hitam dan pekat.. aku takut untuk berlari.. kerana sudah pasti langkahku ditelan gelap, apa yang aku saksikan di alam ini hanyalah hitam dan pekat..

aku terasa ingin berlari, sedang diluar guruh berdentum kuat,memecah damai dan membingit.. aku jadi semakin takut untuk berlari, kerana aku bisa menjadi si buta tuli, yang sesat mencari, sedang guruh berdentum, membingitkan aku, semakin membawa diriku jauh dalam gelap..

bagaimana aku dapat berlari lagi, jika halintar memancar galak, sedang cahayanya bukan petunjuk arah, malah dikandungnya segala kesengsaraan yang maha jahat..menghentam tubuhku dan aku makin terperosok dalam gelap..


apakah awan mendung
akan berarak pergi..
lalu terbitlah sinar gemilang sang mentari..

apakah sang guruh..
bisa menghayunkan suara damai..
nyanyian2 lunak & mengasikkan aku..

apakah sang halilintar..
dapat menyuluh lorong kelamku..
membuka ruang untuk aku terus berlari..
........................


apakah aku harusberlari???
atau menunggu sahaja disini???

4 comments:

miemie-jelapang said...

buat la pa yg baik untuk diri ko...

miemie-jelapang said...

carilah jalan penyelesaian..jika perlu lari..lari lah..jika tak perlu..duduk jela c2..
ape2 pn wat la yg terbaik untuk dri sndiri..

Aizat Aziz said...

perlukah bawa torchlight n bju ujan..

Unknown said...

pOem created sndri kew
besh!huhu

p palang s: sowi cbuk mengOmen dcni!